Selasa, 31 Julai 2012

Hormat, bahagia hidup...

juz to say something...

'ayah garang sebab dia sayangkan kita'
malah dia adalah orang yang lebih pengalamannya daripada kita...
sebagai seorang anak yang lebih muda, kata-kata dia kita perlu patuhi...

'umi lembut kerna itulah sifat yang Allah titipkan'
supaya dia menjadi kawan kita. sahabat kita. penasihat kita. dan penghapus air mata kita.
sebagai seorang anak, kita perlu menghormatinya...

'abang, kakak adalah orang yang berat tangungjawabnya'
merekalah orang yang akan menjaga kita selain umi dan ayah..
jika hanya mereka yang ada, segala amanah adalah terletak dibahu mereka.
mereka ingin memberikan yang terbaik...

'adik'
dia adalah orang yang kecil..
cetek akalnya kerana hanya sekelumit pengalaman yang ditempuhinya...
tugasnya adalah menghormati ahli yang lebih dewasa...
bersyukur dengan limpah kemewahan yang disediakan...
bukan kufur nikmat...
mendengar nasihat adalah cara terbaik untuk menjadi yang terbaik...

fikir-fikir kanlah... "garang itu tandanya sayang.. jika hilang rasa garang, maka hilanglah kasih sayang''
ketika itu, tidak akan ada seorang pun yang mengambil tahu apatah lagi membantu... 
semoga setiap kesilapan yang kita lakukan, di beri keampunan oleh Allah...

Tiada ulasan:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...