Selasa, 21 April 2009

lurah bilut dalam kenangan...




terasa lama sudah meninggalkan kamar internet...almaklumla, diri ni baru sudah menjalani ujian kehidupan.. apa yang hendak dikongsi bersama rakan sejawat hari ni ialah, selama 21 tahun nyawa dan roh didunia ini, pertama kalinya baru saya dapat melihat bagaimana pokok dipisahkan dari daunnya..takut, gerun dan sedih kerana sudah semakin berkurangan kilang oksigen semulajadi ciptaan Allah..namun jika tidak dilupuskan akan ada nyawa yang melayang..suasana di sebuah kampung begitu tenang tatkala terbau bakaran daun-daun kering..pohon yang berbagai bentuk menghiasi kawasan istana manusia milik pakcik..pucuk ubi celur, sambal tempoyak,sambal ketok,ikan masak pindang,sambal tumis digaul bersama nasi puth yang harum dan lembut..

sungguh membuka selera orang yang jarang ke kampung seperti saya ni..teringat waktu itu, mak indek mempelawa kami bersantap dihalaman luar istananya..suasana yang tidak dapat digambar seronoknya..bersama angin kami menjamah makanan sehingga habis seperiuk nasi..berbalik kepada pokok kehilangan daun..sore nya saya meminta pak indek memotong dahan pokok tadi mengikut bentuk yang saya inginkan..kami kerjakan serpihan itu sehingga menjadi satu hasil tangan yang cukup memuaskan..jarang ada pegawai polis yang menghabiskan waktu tamat kerja dengan hal seperti itu.itulah pak indek..skali lagi kami ditunjukkan dengan keajaiban dan kuasa Allah apabila, terdapat 3 biji telur berwarna biru mulik si ibu tekukur..sarang yang dimisnahkan dengan tidak sengaja kerana didalam pokok yang ditebang..selamat sudah si anak melihat dunia..kenangan yang dicipta 21 hb march sangat terlekat di fikiran dan terpaut dalam hati...


p/s: satu kenangan yang tidak akan dilupakan..thanks azhari kerana sudi mengajar akak membuat hasil tangan itu...terima kasih yang tidak terhingga buatmu...

Khamis, 2 April 2009

dalam minggu ni adalah minggu yang mengusutkan bagi diriku..mana taknye,assignmnt banyak sangat-sangat...ada satu peristiwa yang berjaya mengingatkan diriku agar lebh berhati-hati di lain masa..kisah ini terjadi pada 31 march 2009..beberapa hari yang lepas aku nyaris dirempuh hebat sebuah kereta proton waja..almaklumla aku hanya naik motor..namun, Allah masih memberiku peluang merasakan keindahan hidup di muka bumi milik-Nya ini..mujurlah kereta di sebelahku memberi isyarat bunyi(hon)..menjadikan aku berhenti serta merta dan berpaling kepadanya..dalam masa yang sama deruman kereta dari arah yang bertentangan lewat dihadapanku...perkara ini sebenarnya terjadi di lampu isyarat berhadapan universiti ku..memang salah dan merbahaya sekiranya undang-undang hanya diperlekehkan...akibatnya orang lain yang menjadi mangsa..ikutkan hatiku, teringin juga menyaman kereta itu kerana melanggar lampu merah..namun, aku lebh bersyukur kerana roh itu masih berada di jasadku..alhamdulillah barakallah..

p/s: patuhi undang-undang walau dimana anda berada kerana di situ adalah satu pembelajaran bagi meningkatkan disipln diri..