Khamis, 31 Oktober 2019

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua.

Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk menageh simpati. tapi sekadar ingin meluah apa yang terbuku dihati. Disebalik senyuman kita, terselit duka yang kita tanam kn.

Kisahnya, Setelah setahun lebih berkahwin, akhirnya pada 19 ogos 2019 saya disahkan hamil anak pertama kami. :). kisah bermula bila haid saya terlewat sehari. selalunya saya kan buat biasa je. entah kenapa hari tu terdetik nk check guna UPT (tau kan ape bnde ni? hehehe). UPT tu alat untuk menguji bacaan HCG sekiranya tinggi maka akan keluar 2 line merah. bermakna kita hamil.  Rasanya dh berpuluh UPT sy guna selama untuk check. tp negatif. Beberapa hari sebelum sy check UPT sy ada satu simptom pedih ulu ht dan perut mcm sebu bila sy makan. mmg sangat xselesa. ditambah bbrapa hari sblm tu sy makan ayam 3X spicy MCD tu. MasyaAllah rase cm nk terburai dada. hahahaha..

Jadi selepas menikmati sushi tghri tu. malam lepas maghrib sy check UPT. sy biarkan dulu dia duduk diam dalam bilik air tu sbb sy mcm xberharap apa-apa. Dh biasa dengan bacaan negatif tu. :). Sambil duduk2 dengan suami, sy bangun untuk tgk keputusan UPT. terkejut sy tengok ada 2 line. sebab saya tak percaya, saya buat sekali lg. keputusannya sama. saya panggil suami  dan satu soalan sy tanye dia " apa makna ni syg? de 2 line?" hahaha.. dungunye saya masa tu. suami saya tkjut dan dia senyap sekejap. Kami ketawa dalam ketidakpercayaan. Alahan? Alhamdulillah say atak mengalami sebarang alahan melainkan rasa penat dan sebu perut. bab makan masih on. hehehe.

3 hari selepas tu kami pergi klinik az zahran untuk check up. kantung bby mmg xnampak lg sebab baru lg kata doc. Jadi kami tanyalah apa yang patut sebab ini pengalaman pertama. Alhamdulillah saya bersyukur dapat suami yang sangat memahami keadaan sy ketika tu. saya tak dibenarkan untuk buat kje2 rumah, xmasak saya jd mcm mem besar. tp sbnrnya keadaan tu membosankan sy sbb sy xbuat apa2 kerja. hehehehe. Rutin harian sy seakan berubah dan saya hanya pergi kerja mcm biasa kemudian pulang untuk berehat. yang lain suami yang uruskan. TQ syg... :)..


p/s: nanti sambung ya part 2. sbb crita ni xpanjang. hehehehehe

Tiada ulasan:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...