Ahad, 28 November 2010

~Alhamdulillah~

Alhamdulillah...rezeki Allah smemangnya tak dapat kita tebak...

dh seminggu aku bekerja di tempat baru,suasana baru,kawan2 baru,cara berkerja baru,waktu masuk dan balik kje yang baru,manager baru..pe lagi ek yang baru???^_^

semalam bawak 1 family g jenjalan..best dapat belikan dorg pe yg dorg nk...

semoga rezki ini tidak putus dan semoga Allah memberi akk peluang untuk membahagiakan kalian semua..

dan tak lupa ucapan terima kasih buat seseorang yang meghadiahkan sy sesuatu..
sesuatu yang sememangnya sy impikan...terima kasih kerna mengingati sy...

semoga Allah memberikan kebahgiaan kepada kita semua...amin..

Isnin, 22 November 2010

Aku
tak ingin dicintai,Bila tak sepenuh hati,Aku tak ingin dimiliki,Bila
tak sepenuh hati,Aku tak mau kau sayangi,Bila kau setengah hati,Aku tak
mau kau ingini,Bila kau setengah hati,Karena hatiku tak akan ku
beri,Pada kekasih yang tidak baik hati,Jadi daripada aku mengharap
...kesungguhanmu,Aku lebih memilih pergi dan cari penggantimu... *

Rabu, 17 November 2010

~ujian itu tanda DIA syg~


sayup-sayup mendengar suara takbir mlm ni...malam yang sangat aku rasakan kedinginannya...tp dek kerana tugas,aku pendamkan rasa itu...aku harus meneruskan tugasanku sehingga jam mencecah angka 10...Alhamdulillah mlm ni kami dibenarkan balik awal..kerna keesokannya seluruh umat islam akan menyambut HARI RAYA KORBAN..sebagai halwa telinga,aku alunkan takbir yang disiarkan di televisyen..sayu hati ini..mengenangkan sebanyak mana pengorbanan yang aku telah lakukan..aku sedih..sedih yang teramat..hatiku menangis...namun mataku cuba untuk menyembunyikan tangisan itu...CINTA itu...tekadang aku tertanya...apakah seharusnya ini yang perlu dirasai oleh mereka yang memilih untuk dicintai????...yang pasti aku seakan merasakan yang sebaliknya...

namun,aku memohon kepada Allah yang maha berkuasa,seandainya rasa ini berlarutan,bantulah aku mengubati hatiku sendiri...seakan sukar aku berpisah dengan KALAM ALLAH itu...semakin hari semakin aku mencintaiNYA...semakin aku cuba untuk lebih mencintaiNYA dari segalanya..kerna aku tahu,cinta yang diberikan olehNYA takkan menghampakanku...namun bertemankan takbir malam ni,beserta zikir yang aku gemari,aku panjatkan doa agar dipermudahkan segala urusanku...aku buka hatiku seikhlasnya menerima apapun takdir dariNYA...kerna aku tahu DIA mengetahui apa yang terbaik dan sesuai buatku...Andainya esk adalah hari terakhir buatku,ingin aku meminta Allah agar memberi aku kesempatan untuk menyatakan rasa kasih dan cintaku pada mereka yang telah banyak berbakti buatku...pada mereka yang aku sayangi,ini lah hakikatnya bahawa aku akan sentiasa menyayangi kalian walau diri ini tidak tahu bagaimana mempamerkannya...

sempena hari raya korban tahun ini,aku seperti mahu mengorbankan perasaanku..yang adakalanya menekan2 benak hatiku...aku ingin mengorbankan sikap ku yang kadangkala mungkin kasarnya terlalu jelas...semoga Allah menguatkan hatiku yang kini kurasakan sedang diuji...

*YAALLAH,SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DI LUBUK HATIKU INI...BERILAH AKU PETUNJUK MU...DAN JANGAN ENGKAU MENJAUHI AKU YAALLAH...KERNA AKU AMAT MENCINTAIMU...

Selasa, 16 November 2010

~offer letter~

khamis lepas dpt call...
hmmmm...i got the job...but temperory je dlu..
18 amek offer letter then 22 kje...
tak cepat sgt ke????hmmmmm....

Jumaat, 5 November 2010

~grrrrrrr~

~GEMENTAR,NERVOUS....SEMUA YG BERKAITAN...
DOAKAN SEMUANYE OK YE...

YAALLAH BANTULAH HAMBAMU..

Khamis, 4 November 2010

~istighfarlah wahai ht~

sabar nye ngn kerenah manusia sekarang ni...
menyakiti hati orang lain tanpa sekelumit rasa bersalah...

syukur kehadratmu ya Allah kerna ENGKAU masih meemlihara rasa sabar dalam ht ini...
berat rasa ht bila menahan segala perasaan marah...
tp biarlah Allah yg membalasnya...

kuatkn htku yaAllah..titipkanlah kesabaran ni terus didalam htku..
hanya kitab suci itu peneman air mataku kala ini...=(

~mari amalkan...~

Diet Rasulullah

by Sihat Ikut Sunnah on Tuesday, November 2, 2010 at 4:18am

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.

http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

http://www.wonderfulinfo.com/islam/eatfood.php

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Rabu, 3 November 2010

~berharap~

hmmmm...harap2 apa yg dirancangkn dapat direalisasikan...
YAALLAH,bukakanlah pintu rezki buatku...