Jumaat, 13 Mac 2009

psanan buat sang putri...


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Khamis, 12 Mac 2009

buat yg dikenang....



takkan ada kesedihan yang menyelubungi kita yang tidak dapat kita atasi..namun,menangislah jka itu yang mampu mengurangkan kesedihan itu...kerana keperitan dan kekecewaan adalah luka yang tidak kelihatan...

romance....AIMH

reason...AIMH

erti sebuah kesetiaan...

Rabu, 11 Mac 2009

sentuhan keinginan...

indah sebuah pemberian....thanks..


Tanamlah 1 pohon cinta di hatimu,
Berakar kesetiaan,
berbatang kerinduan,
bercabang ketulusan,
berdaun kejujuran.

siramilah dengan kasih sayang,
pupuklah dengan pengorbanan,
berpagar ketabahan,
berbunga pengertian,
InsyaAllah akan berbuah cinta sejati,
rawatlah dengan keikhlasan dan kesucian hati...

Selasa, 10 Mac 2009

dapatan dari seorang teman...

hidangan yang digemari...hangout bersama rakan-rakan mesti makan di RasaMas...hehehee
thankssss....:)...far a part but its still like before..

keceriaan itu kembali walau hanya sementara..namun jauh tak bermakna lupa..jauh juga tak bermakna hilang..namun jauh tu membawa 1001 makna yang hanya difahami jika kita merasakan apa itu jauh......jauh mampu menggamit kenangan yang bukan jauh,namun dekat dan terus tersemat di hati...