Selasa, 20 Januari 2009

sekadar mimpi

mimpi...
sering saya diganggu mimpi belakangan ini...kenapa ye agaknye?mimpikan sahabat lama yang sudah lama tidak bertanya khabar...bermimpikan seseorang yang saya sendiri tidak mengenali namun seperti ada perkaitan dengan diri saya...kenapa ye...?petanda apa yang hendak disampaikan agaknye...mimpi itu terus menjadi tanda tanya diri dan hati saya....namun,mimpi tetap mimpi dan bisakah ia menjadi suatu realiti???hmmmmm...

Rabu, 14 Januari 2009

ainun satu kurniaan...

mata...
sesuatu yang indah,
melaluinya dapat kita menilai dunia,
dapat kita nikmati nikmatnya,
dapat kita kenal sekitarnya...

namun,
mengapa mata ini tidak dijaga,
dari pandangan dusta,
dari pandangan nista,
dan dari segala yang mencemarkannya..

mata,
dibekalkan mutiara jernih untuk menyucinya,
dari segala khilaf dan dosa,
dari segala pandangan yang tercela,
dan dari segala keindahan yang tidak sepatutnya...

mata,
kini ia kembali bersinar,
setelah taubat penyuci dosa,
teralir deras sewaktu menghadap-Nya,

mata itu,
kini bahagia bersama pandangan barunya...

unik dan menarik..


ingin saya kongsikan disini,sesuatu yang agak unik dan tak kurang menariknya bagi saya..mungkin ada yang sudah mengetahui tentangnya..tapi bagi yang baru hendak mengetahuinya,saya ingin berkongsi tentangnya..baru-baru ini ada seorang teman yang jauh asalnya,membawa buah tangan untuk saya...terima kasihnya..xiexie..walau hanya sebungkus "permen" namun ianya cukup istimewa dan amapu mengukir senyuman yang tidak terhingga pada wajah saya..pemberian itu unik..di belakang,pembalutnya terdapat luahan kata yang mungkin kita tidak mampu meluahkannya kepada seseorang...namun dengan hanya memberikan sebiji gula-gula,seseorang itu mampu menebak apa yang ingin hati kita sampaikan..terasa kreatifnya manusia zaman sekarang sehingga terciptanya manisan sebegitu..seronok,indah dan membahagiakan...:)

Selasa, 13 Januari 2009

milikku????

kegusaran,kebimbangan yang menyeliputi diri saya beransur lalu...sekeping kad walau hanya bertanda 'L' namun begitu besar ertinya di jiwa yg halus..gegar tangan membawa kenderaan kembali ke tempat kuliah..sekan jantung berada di tanah..(seramnyeeeee)..hampir mencium tanah tubuh saya semasa memandunya..maklumla "buah hati" baru yang harus dikenali..walau pun tubuhnya agak besar,namun aku selesa dengannya kerana ia pemberian dr ayah..:)..segala timbunan maslah seakan hilang dan jiwa saya yang bergelora ini kembali pulih dan tenang dirasai..tenang meneruskan kuliah bersama sejawat..tenang melakukan aktiviti rutin...juga tenang ketika bertemu dengan-Nya...alhamdulillah..syukur kerana masih ada yang sayang...kepada yang jauh dimata dasarnya,tapi dekat dihati halusnya...salam kerinduan dan salam kasih-sayang dari saya yang tdak pernah lupa memikirkan tentangnya....

Isnin, 12 Januari 2009

tangisan palestin..

bergema tangisan yang tiada penyudahnya..
selingan raungan kesakitan yang tidak lagi tertanggung..
lantang jeritan pertolongan di bawa angin peperangan..
insan yang hilang segalanya..
pengganas yang kejam tidak berjiwa,
bumi tandus itu nanar bersama bedilan api besi,
bak hujan darah di bumi palestin.
tiada pintu aman di tanah itu
pengganas yang semakin mengganas,
semakin kering hatinya..
meragut nyawa anak2 kecil yang kekal sucinya,
wahai pengganas laknatullah,
bebaskanlah bumi itu dari jiwa tamakmu..
wahai mukmin palestin,
kami kirimkan doa sebagai senjata buat kalian disana,
agar bisa menjadi kekuatan menghadapi ujian Allah ini...
semoga tadahan doa dimakbulkan-Nya...

Sabtu, 10 Januari 2009

buntu..anugerah@ujian

keletihan,kebingungan,keserabutan fikiran benar-benar membuatkan diriku letih..masalah yang bertimpa-timpa seringkali mengangu diriku...emosi yang sedikit terganggu membuatkan aku menjadi lebih menjauh..menjauh dari dunia luarku dan adakala enjauh dengan rakan-rakanku...mungkin sesekali berseorangan dapat menenangkan jiwaku..melewati isi hati yang bercampur aduk...apa yang terjadi pada hatiku,aku sendiri tak tahu..dibiar pergi pilu menghantui,jika dihalang kekusutan dilayari..entahla...pada blog aku meluah..kerana dia tidak berkata-kata..cukup sekadar menelan setiap deretan huruf yang tertaip di dalamnya..aku buntu namun,Allah tetap membantuku...

Khamis, 8 Januari 2009

gombalan hati..

Kekaburan hati mencari jiwa,
peneman malam celikan mata,
bayangan memoir menari tiada hentinya,
buat diriku yang gundah gulana..

Sepi kian merantai jiwa,
laska indah menjadi renungan,
menutur kata bintang dilangit,
sayup-sayup mengapai hati..

Kasih itu dambaan hati,
namun jarak menjadi batu,
kesal terjadi berlalu seiring waktu,
namun wajah itu tetap bersamaku..

setulus doa penguat jiwa,
agar ia tenang sentiasa,
mengapai impian rezki dari-Nya,
semoga segalanya akan terlaksana...

Isnin, 5 Januari 2009

dalam kebisuan seekor kucing..

kekaguman saya pada yang maha esa bertambah memuncak"subhanallah"...malam yang semakin larut..saya tetap menyemai keberanian agar menjadi pohon supaya lebih tegar dalam larutnya malam..bersama sepasang kaki kurniaan ilahi in,saya melangkah pulang ke kolej jam 11.40 mlm..tugas sebagai seorang pelajar mengajar aku berjaga malam...dalam kelarutan malam,diterangi cahaya lampu jalan hasil bakti TNB,aku meneruskan perjalanan,namun seawal gerakan kaki melangkah tatihan pertama,aku diikuti sesuatu...ku amati sehampir yang boleh,kelihatan seekor kucing menjadi "bodyguard"ku..kemana sahaja aku membelok,pasti dia juga membelok..namun,setibanya giliran ku untuk melintas jalan,kucing tadi seakan melihat ku dan berhenti sebelum menyambung mengekoriku..sejenak aku terfikir,apa akan ada bahayakah yang menatiku di hadapan kelak??benak terus tertanya-tanya..namun hati mengalun ayat kursi tidak pernah berhenti..sebagai pendinding diri semestinya..sang kucing tadi tba-tiba memberhentikan langkah tatkala tiba di lain putih putus-putus di bahagian tengah jalan raya..kelihatan kenderaan yang laju bukan kepalang datan seakan mahu membahan mangsanya..gerun aku melihat keadaan ketika itu.apa yang terfikir di minda adalah berlari menyelamatkan kucng tadi kerana dia sudah berbakti denganku..walau hanya berteman bisu denganku,namun dia menjadi kawanku ketika malam bermaharajalela..namun,aku sempat menjerit dan meminta kucing itu lari dari situ..agak pelik namun itulah hakikatnya..seakan faham kata-kataku,kucng tadi melarikan diri dari pertengahan maut itu..sesampai di kolej sesudah selamat aku mendekati blok kediamanku,kucing itu beredar meninggalkan aku...secara tiba-tiba mata ku sekan berkolam..mungkin sayang mengejut ku beri kepada sang kucing yang baik hati..walau apapun,malam ini adalah malam yang aku tidak akan lupakan kerana kurniaan teman bisu untukku berbicara bersama kelam malam..alhamdulillah atas pertolongan Allah,aku terhindar dari segala bahaya..

kisah dan tauladan

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada

aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi

keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar

ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami

berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku

menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung

tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami

membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil

mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang

aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah

tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,

hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku

gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis

pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di

lantai, ayah merungut:


"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi

perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu,

emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang

berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup

tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang

mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal

dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup

mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan

menangis kak,semuanya dah berlalu!"


Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun

bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku

bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke

sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran

ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya

lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah

berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang

bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-

esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah

adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan

ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"


Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan

merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg... .sebuahpenampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang

mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana

persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena

bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar

daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada

pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang

menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa

bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin

tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang

tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari

kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia

cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk

ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada

pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?"

bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku

nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan

simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"


Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik

ni.Apayang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik

kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku

cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-

kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.


Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli

apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit

rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil

berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya

beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya

dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu

konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti

selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut

saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-

luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami

berdakapan. "Sakit ke?"

aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak

tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan

simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk

bekerja keras.

" Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia

menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan

pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang

adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan

kesedihannya.


Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah

ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis

sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling

anda sayangi?"

Spontan adik menjawab,

"Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu

kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki

ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya

hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan

memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai

di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan

calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa

saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya

sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke

pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan

diserang histeria.

Ahad, 4 Januari 2009

semangat dari ayah..thanks ayahhhh...


ASM

Akak, ayah memang tak berapa yakin jika angah naik bas, past tu naik feri pulak tu, dan baru sampai langkawi. Atas rasa ketakutan itu demi keselamatan angat ayah dan minta pak ngah (Fuad tempat tiket untuk angah. Kalau tak ada apa-apa aral angah punya flight pada 27 Ogos, jam 11.25 kalau tak jam 4.20 petang. Tapi yang pasti angah balik akan naik flight. Tak apalah ngah, atas apapun tanggapan orang yang penting angah belajar. Ayah terharu bila angah nak Chalange ayah untuk dapatkan yang lebih tinggi (ayah ada Master angah pasti Ph.D... wau tinggi tu) semoga ianya menjadi cabaran pada angah. So, dont worry for your journey, angah balik naik flinght dan ke langkawipun naik flinght. Alhamdulillah rezeki kita masih ada, tuhan masih sayangkan kita semua. Amin. Jumpa lagi.

Ayah.

Jumaat, 2 Januari 2009

singkapan memori bersama rakan-rakan kor sukarelawan polis siswa/siswi semasa kursus yang lepas semakin indah dan semakin menyematkan semangat berpasukan...selama 2 tahun bersama,secara berperingkat ukhwah itu semakin akrab..baru-baru ni,kami dibawa ke cherating bagi mengikuti kursus kepimpinan..selama seminggu kat sana..men pantai,men kolam renang dan banyak lagi aktiviti..agak penat tapi badan masih bertenaga..seminggu menyuap makanan dengan "tangan besi"..terasa rindu dengan tangan kurniaan ilahi...seminggu selepasnya kami menjejakkan kaki ke hutan penyelidikan alam ukm...aktiviti yang kian lasak melonjak semangat dan keseronokan..pertolongan cemas yang dianggap mudah sebenarnya sukar tak terkira..menggunakan alam semulajadi untuk dijadikan kenderaan mangsa bukanlah perkara yang mudah..namun segala ciptaan-Nya memang ada kegunaan dan kelebihannya..semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang tdak berpeluang mengikutinya....sampai ketemu di hari latihan...:)
"lawatan" ke sngai congkak bersama semua keluarga adik beradik umi...bertarikh 20 november..kami menginap disana..hajat dihati tak nk bermandi mandian,tapi dek kerana dah diajak dan "tergoda" jugak dengan kedinginan air tu...basah habis satu badan bukan kerana berendam,tapi disimbah air dari spupu yang jeles tgk keringnya baju kita...siang berlabuh,malam meginjak,kami sempat membakar arang sebagai persedian membakar ayam...sedap terasa pangkal tekak menelan kunyahan ayam bakar yang mak uda buat..terima kasih mak uda..perut penuh berisi,kaki melangkah masuk ke sungai memberi "senaman"pada perut supaya dapat diisi lagi nanti...percaya atau tidak,malam semakin larut,kami sekeluarga berkaraoke tanpa penglibatan pihak lain...hehehehe...memang seronok jika benar2 seronok...merasa jugak melelapkan mata di dalam rumah yang dibina dari buluh...cantik dan menarik...semoga rehlah ini merapatkan kami sebagai keluarga yang besar dan semakin memahami antara satu sama lain....insyaAllah...

muhammad fakhrurrazi b. md suhada


salam kejayaan akk tujukan buat adik bongsuku....ni gambar tahun lepas 2008..kita yang belajar ni tak merasa lagi pakai "mtrboard" tu....tahniah jiji semoga 2009 membawa lembaran dan kebahagiaan baru utk jiji..tapi jangan nakal2 dah masuk darjah 1...sekejap je masa berlalu...tanpa sedar masa itu mencorak kenangan di hati kita..selamat tinggal 2008,selamat datang 2009..jiji tuntutlah ilmu sebaik mungkin dan jangan sesekali mengapai putus asa kerana itu kunci kepada kehancuran...