Ahad, 10 Ogos 2014

Tanah rencong bahagian 2

Assalamualaikum..
disebabkan mata tak nk lelap.. tangan lenguh2 sbb nk bergerak.. otak ligat atur ayat.. so jom kita menaip..
rupenye de yg ternanti episod tanah rencong bahagian 2.. kesayangan sgt kn..hehehehe..
mlm ni nk
update pasl tanah rencong yg dh berbulan di tinggalkn tetapi kenangan masih terpahat kemas diingatan..

Jadual kami sangat santai di sana. melihatkan keistimewaan bandaranya, serta merta hati terpaut.. terdetik dalam ht yg 'istimewa tempt ini kerana menzahirkan ciri  islamnya'.. Allahuakbar!!!.. dalam entry yang lepas sy tak sempat sertakan  keindahan bandaran.. maka janji di tepati, entry kali ini saya sisipkan selembar kenangan untuk tatapan semua.. :)

Senibina yang pada sy sangat memberi mesej yang indah buat santapan rohani.. betapa kita perlu mengingati pencipta walau di mana sahaja dan dalam apa jua pandangan sekalipun.. ya inilah yang dikatakan panahan cinta pandang pertama.. maka sy sudah terkena virus cinta itu.. :)..

Kembali kelandasan cerita, hari pertama kami disambut oleh seorang pelajar malaysia yang menuntut disana. sbb kmi menggunakan pakej yang ditawarkan oleh persatuan pelajar malaysia di aceh.. :).. terkedu bila pertama kali dgr cara bertutur.. rupanya orang malaysia.. jd lebih mudah utk kami meminta itu dan ini..heheheh..

santapan tengah hari kami adalah lauk pauk nasi padang.. yang penting lauk daging kambing mmg terbaik.. tu yg menawan ht.. hehehehe.. perjalana ke hotel medan mengambil masa lbh kurang setengah jam dengan menaiki kereta manakala 1 jam setengah dengan berjalan kaki.. :)..


kenderaan yang membawa kami.. 

petangnya pula, kami disajikan dengan mee terkenal di aceh.. ala2 watermark buat aceh.. mee yang pelbagai.. mee cumi2.. mee rebus daging..dll..pilihn ht semestinyaaaaaa mee rebus daging.. :).. minum pula bersama jus sirsak.. wah memang terasa adunan yang sehati sejiwa..hehehe..

wajah kepenatan, kegembiraan (sy la tu) dan wajah menikmati makanan yang dh sampai dahulu..hehehhe.. apa yang sy kagum.. walau kedai hanya la restoran kecil 2 tingkat tetapi bijak menggunakan satu ruang kecil untuk dijadikan surau.. MasyaAllah... itulah bukti dan hikmah yg Allah janjikan di setiap musibah yang diberikan kepada hambanya.. huhuhu..

p/s: selesai kisah tanah rencong dan ahli2nya.. akan ada sambungan nye jika rajin dikemudian nnt.. :).. kisah hari seterusnya bersama anyaman kenangan yang lebih mengusik jiwa.. mata sudah mula kecut tiba2.. selamat malam... jumpa di entry akan datang insyaAllah.. :)








Tiada ulasan:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...