Jumaat, 23 Mac 2012

Lillahita'ala...

Juz copy from my blogger frend...the knowledge for myself today...Allahuakbar!!...lmenye tingglkn qiyamullail...tp sememangnya ia ada power yg tersembunyi....baiki diri ATIQAH!!!


Disini, Allah mengkehendaki hambanya Bersungguh-sungguh dalam bekerja. Jangan kita menjadi orang munafik - merasakan apa yang dibuat tidak diketahui manusia, kerana itulah mereka tidak buat sungguh-sungguh. Dalam kehidupan realiti, apabila ada orang 'besar' datang barulah kerja akan dirapikan dan dibuat bersungguh kerana ia akan dinilai.  



5) 5 tabiat memperoleh Ikhlas
Mari amalkan.
1. Baca Al-Quran secara istiqamah.
Bagi mendapatkan hati yang lapang, berbicaralah dengan Allah, berkehendakkan Allah berbicara kembali kepada kita, bacalah ayat-ayat cintaNya (Al-Quran).
Anas Ibn Malik: seorang yang seaktu wafatnya meninggalkan 300 juta harta, tetapi masih tetap mengkhatamkan AQ setiap Jumaat malam Sabtu. "Jika tidak kerana disibukkan dengan urusan perniagaan, aku akan khatam AQ setiap hari".

- Peruntukkan masa membaca AQ. Ingin khatam AQ 3/4 kali setahun?
2 m/s bagi setiap solat 5 waktu (setelah ditolakkan 10 hari waktu uzur bagi wanita)

2.Bangun Qiyamullail
The magic and power of Qiyam - hanya akan dirasai bagi yang mengamalkannya.
Walau ditimpa ujian seberat mana sekalipun, beramallah dengan Qiyam, insyaAllahkekuatan akan hadir tanpa kita sedari.
"Dekatkan diri pada Allah, jauh dari dosa, penyakit dan merupakan amalan orang Soleh".

3. Selalu duduk dengan orang Soleh.
Peruntukkan waktu dengar kuliah, ia seperti curahan air ke atas daun kering.

4. Banyakkan istighfar.
Reflect diri, buat kerja kerana Allah atau manusia.

5. Jangan terlalu ikutkan telunjuk nafsu.
Zaman sekarang jika kita ke Mall, pasti akan kelihatan tempat makan sentiasa dipenuhi orang. Tetapi adakah kita pasti akan kualiti makanan itu? Adakah ia Halal wa Toyyiban(baik?). Makanan yang dimakan akan membentuk hati. Hati yang dicemari dengan makanan yang tidak bersih akan membawa kepada liatnya beribadat.

* Didiklah diri punyai sifat Ikhlas dan bekerja Lillahita'ala.
Hati pasti tenang dan bersemangat.
InsyaAllah.

*thnks my dear aini for this info...:)))

Tiada ulasan:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...