Jumaat, 10 Mei 2019

pandangan dengan isu berbangkit kini.

Assalamualaikum..

Saya terpanggil untuk menulis harini, dan mungkin gaya penulisan ini agak serius tidak seperti biasa kerana ada ketikanya kita tidak boleh terlalu ambil mudah akan sesuatu. berkenaan dengan isu ketidakselesaan akan sesuatu perkara. saya percaya semua orang yang melalui alam perkahwinan mendambakan suatu perkahwinan yang tidak ada rasa sangsi.


Alam perkahwinan adalah alam yang sangat sensitif dan sangat memerlukan penjagaan yang baik. kerana sedikit khilaf alam itu akan goyah. setiap apa yang kita nk buat kita perlu fikir dan bayangkan seandainya psngn kita buat apa yg kita buat, adakah kita akan ok dengan situasi tersebut. membantu itu ya. tp letakkan juga dalam apa jua keadaan dan dalam apa jua situasi, isteri atau suami itu keutamaan. hubungan dengan org lain perlu ada batasnya. berkongsi kenderaan juga perlu ada batasnya. seandainya hanya berdua, bukankah itu boleh mendtgkn sangsi dan fitnah? ya betul harus ada kepercayaan. tetapi berbalik kepada seandainya psgn kita berbuat demikian apa perasaan kita? adakah kita selesa dengan keadaan itu?


kalaupun kita percaya dengan psangan kita. tp kita xtau apa yg dirasai oleh pihak lain dan apa yg difikirkan. kerana itu mencegah lebih baik drpd mengubati. tapi apakan daya, Allah pegang ht2 manusia. berbaliklah kita padanya. redha dan biarkan segalanya Allah tentukan. 

Manusia tidak mampu membaca apa yg kita fikirkan. manusia juga tidak mampu berfikir sama dengan apa yang kita fikirkan. mungkin kita menjaga. mungkin mereka tidak. menganggap satu isu itu kecil dan menidakkan hak dan perasaan psgn itu akan mndtgkan keburukan sebnrnya. perlu telus dan jujur. sebab itu kematangan dan ilmu agama itu penting dalam memeterai alam ini. berbalik kepada hukum hakam. setiap yang diharamkan itu pasti bersebab. begitu juga sebaliknya. 

p/s: sekian coretan rasa penganti bicara hari ni. saya perlukan fokus yang tinggi utk kerja harini. salam buat semua. disebalik coretan ini ada kisah lama yang menjadikan diri ini lebih berhati2 dan masih terkesan dengan kisah itu. 

Tiada ulasan:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...