ha ni la padahnye klo sekali dah menaip kt blog.. akan menaip je kje nye kn.. bile nk menaip tesis?? opsss..hehehehe..
berpagi-pagian harini.. sy akan selesaikan hutang gambar dan crite tanah rencong bahagian terakhir. dalam entry ni mungkin tidak banyak aksara.. tp banyak pada gambr.. biarlah gambar yang berbicara..cewahhh..hehehe
terus terang sy katakan, kepada sesiapa yang ingin bercuti sambil mengutip ilmu rohani, silalah datang ke aceh.. melihatkan kepada setiap sudut tanah rencong yang menyimpan sejuta kesedihan yang tidak akan pernah berakhir memberikan kita peringatan bahawa MATI itu pasti.. Allah berhak mengambil kita pada bila2 masa yang DIA kehendaki.. siapa pun kita.. sejauh mana seseorang sayangkan kita..tp sentiasa tanam dalam hati dan aqli bahawa semua itu hanya pinjaman.. jangan pernah merintih jika kehilangan kerana Allah berhak mengambil haknya kembali.. :)
baik, hari seterusnya sy dan rombongan dibawa melawat ke semua masjid utama yang terkena bah tsunami.. sebelum pergi mmg sy dh niat mahu pergi ke setiap masjid n klo diizinkan Allah sy mahu bersolat sunat di sana.. Allahu rabbi.. hajat sy termakbul, Alhamdulillah.. sy sempat ke masjid utama iaitu masjid Baitul rahman (corak dalaman mirip masjid Madinah).. satu2 nya masjid yg tidak rosak dan air hanya melalui sekeliling ttpi tidak memasuki isi ruang masjid.. MayaAllah! kuasa Allah! siapa kita untk menidakkan kuasa Allah?
Masjid Baitul Rahman, Aceh..
kami juga di bawa berjalan menikmati pemandangan indah si tanah rencong.. Pemandangan dan suasana yang nyaman..
berselfie sambil menikmati jagung bakar...:)
lawatan ke UIN al-Raniry.. ramai student malaysia di uni ni.. :).. guide kmi pun drpd uni ni.. :)
Tempat ni sy terlalu suka.. Anginnye sagt menyegarkan.. suasana redup.. sejuk dan segar.. rindu!!!
Bangunan itu hancur akibat tsunami.. itu merupakan sebuah hospital dan disinlah juga merupakan tanah perkuburan untuk 14,000 mangsa tsunami..
Kawasan berumput yang lapang dibelakang kami adalah sebenarnye sebuah resort mewah.. namun ia lenyap sekelip mata..
Guide kami ajak minum air tebu.. Manis ya rabbi.. jd sy memilih untuk berkongsi.. :)
Disini adalah laut lepas yang menjadi bukti ombak tsunami sampai ke banda aceh.. jambatan yang menghubungkan juga hancur dan tidak dibangunkan kembali.. ia dibiarkan menjdi simbol ingtan kepada penduduknya..
Hanya yang jjur sahaj boleh berbelanja di kantin ini.. hehehehe
Seakan-akan ABC. tetapi berlainan sedikit.. disana ini dipanggil sop buah.. biji warna warni kecil tu menjadi kesukaan sy.. meletup2 bila sampai ke dalam mulut..hehehehe
Tanah perkuburan terbesar.. memuatkan seramai 270,00 mangsa klo tak silap sy..
Teringat akan Mas Azam dan Ana Altafunnisa..:)
Berkelana berhari2 sehingga kasut minta yang baru.. terkorban juga dibanda aceh..
ini adalah tempat bermain puteri pahang yang diperbuat daripada putih telur sepenuhnya.. lihat bagaimana kerabat diraja ketika itu kreatif sungguh.. :)..
Murtabak aceh.. teruja hendak mencuba.. sekali rasa, Allah.. telur dadar rupanya..hehehehe
jagung bakar aceh.. mmg terbaik pedasnye.. macam pijo bibir dibuatnye..heheheh
masjid yang dibina menggunakan dana drpd kerajaan turki sepenuhnya...
ini menu istimewa.. untuk mendapatkan roti bakar aceh ni, de kenangan lucu yang memang xkn sy lpe.. peristiwa indah yang akan sy kenang dan igt sampai bila2.. sungguh manis untuk dikenang...
:)
suasana bandara saat kami ingin pulang.. Terasa rindu menjengah lg!
Kata Aizu: kapal ini merupakan kubur mangsa yang di hempap dibawahnye ketika arus membawa kapal ini ke darat.. huhuhu.. bergetar ht mendengarnye..
perpustakaan disana menyediakan tempat untuk kanak2 seperti ini.. seronok sy dduk di dalamnya..
kopi aceh.. sempat sy membeli serbuknya utk di bawa pulang.. kerana sy juga penggemar kopi ais.. :)
Masih kekal disitu tidak dibaiki..perkarangan masjid rahmatullah yang terkena tsunami..
Makan Syeikh Kuala.. sy gemar mencuba sesuatu yang baru.. maka sy cuba rojak buahnye.. lain..mmg lain..tp msih dapat diterima oleh tekak sy.. :)
Kapal sangkut diberi nama.. kapal ini tersangkut di atas bumbung rumah seorang penduduk ketika bah menghanyutkannya.. ketika peristiwa, kapal ini dalam proses dibaiki.. maka seramai 50 orang penduduk berlari memanjat masuk ke dalam kapal ini.. dan Alhamdulillah semuanya selamat dan masih ada untuk menceritakan gambaran peristiwa ketika itu..
Menikmati air kelapa dengan dihidangkan panorama indah sesuai buat mereka yg dalam htnya ada cinta.. :)..
Makan Syeikh Kuala.. sy gemar mencuba sesuatu yang baru.. maka sy cuba rojak buahnye.. lain..mmg lain..tp msih dapat diterima oleh tekak sy.. :)
Kapal sangkut diberi nama.. kapal ini tersangkut di atas bumbung rumah seorang penduduk ketika bah menghanyutkannya.. ketika peristiwa, kapal ini dalam proses dibaiki.. maka seramai 50 orang penduduk berlari memanjat masuk ke dalam kapal ini.. dan Alhamdulillah semuanya selamat dan masih ada untuk menceritakan gambaran peristiwa ketika itu..
Menikmati air kelapa dengan dihidangkan panorama indah sesuai buat mereka yg dalam htnya ada cinta.. :)..
Gambar terakhir ini merupakan gambar hari akhir kami disana.. Abaikan badan sy yang serupa belon udara panas tu ye.. hehehehe.. suka sy ingatkan kpd mereka yang suka bershoping, maaf di aceh tidak banyak bnde boleh dishopingkan.. jd utk lawatan rohani sy galakan anda kesini.. mendengar maulid di masjid2nya.. suara maulid menemani malam anda.. sungguh itu adalh suasana idaman sy di muka bumi ini.. ht akan tenang sentiasa.. pakej yang kami gunakan memang terbaik di antara smua.. pakej drpd pelajar malaysia di aceh.. seandainya berminat boleh trus hubungi mereka.. :).. berbaloi2..
Maka dengan ini tamatlah kisah tanah rencong daripada sy pengrang tidak bertauliah.. :).. semoga kita berjumpa di entry akan datang yng mngkin jika sy rajin nk menaip sebutir2..hehehehe.. salam ukhuwah dan salam mujahadah buat semua dan salam aidilfitri.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan