Jumaat, 20 Mei 2011

kuning menawan vs biru memikat....=)

ring!!!!!jam di meja ku capai dan punat merah ku tekan...serta merta ia membisu..dengan rasa malas aku bangun dari lenaku..ku tinggalkan bantal kesayanganku di katil..dan aku berlalu ke bilik mandi...seusai mandi,aku menunaikan solat subuh..itu kewajipanku sebagai seorang makhluk Allah..hanya itu bukti rasa syukurku atas kehidupan dan peluang aku bernafas di dunia yang kecil ini..seusai solat,satu persatu baju di dalam almari aku belek..

"hmmmm...baju apa nak sarung ni.."gumamku seorang diri..kerana ini adalah hari pertama aku diterima kerja di sebuah syarikat swasta. ya,aku bersyukur kerna dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus. jam menunjukkan angka 8. bermakna hanya tinggal 45 minit sahaja lagi waktu pejabat akan bermula. aku perlu cepat.kerna aku tidak mahu rekod ku 'hitam' gara-gara kehadiranku yang tidak memuaskan di hari pertama.

"wah,nasib baik aku cuci kau semalam.berkilat badan kau kan"ku pandang motorku dengan penuh rasa kasih dan bangga. itu sajalah kenderaan yang aku ada sejak di tahun kedua di universiti. enjin motor aku hidupan,dan 5 minit kemudian aku bergerak ke tempat kerja...


p/s: hahahahahah...mls nk taip pjg2...nnt2 la sambung lg....heheheheh

Tiada ulasan:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...