Selasa, 21 April 2009

lurah bilut dalam kenangan...




terasa lama sudah meninggalkan kamar internet...almaklumla, diri ni baru sudah menjalani ujian kehidupan.. apa yang hendak dikongsi bersama rakan sejawat hari ni ialah, selama 21 tahun nyawa dan roh didunia ini, pertama kalinya baru saya dapat melihat bagaimana pokok dipisahkan dari daunnya..takut, gerun dan sedih kerana sudah semakin berkurangan kilang oksigen semulajadi ciptaan Allah..namun jika tidak dilupuskan akan ada nyawa yang melayang..suasana di sebuah kampung begitu tenang tatkala terbau bakaran daun-daun kering..pohon yang berbagai bentuk menghiasi kawasan istana manusia milik pakcik..pucuk ubi celur, sambal tempoyak,sambal ketok,ikan masak pindang,sambal tumis digaul bersama nasi puth yang harum dan lembut..

sungguh membuka selera orang yang jarang ke kampung seperti saya ni..teringat waktu itu, mak indek mempelawa kami bersantap dihalaman luar istananya..suasana yang tidak dapat digambar seronoknya..bersama angin kami menjamah makanan sehingga habis seperiuk nasi..berbalik kepada pokok kehilangan daun..sore nya saya meminta pak indek memotong dahan pokok tadi mengikut bentuk yang saya inginkan..kami kerjakan serpihan itu sehingga menjadi satu hasil tangan yang cukup memuaskan..jarang ada pegawai polis yang menghabiskan waktu tamat kerja dengan hal seperti itu.itulah pak indek..skali lagi kami ditunjukkan dengan keajaiban dan kuasa Allah apabila, terdapat 3 biji telur berwarna biru mulik si ibu tekukur..sarang yang dimisnahkan dengan tidak sengaja kerana didalam pokok yang ditebang..selamat sudah si anak melihat dunia..kenangan yang dicipta 21 hb march sangat terlekat di fikiran dan terpaut dalam hati...


p/s: satu kenangan yang tidak akan dilupakan..thanks azhari kerana sudi mengajar akak membuat hasil tangan itu...terima kasih yang tidak terhingga buatmu...

1 ulasan:

- ziRa - berkata...

i follow u...
u follow i gak tau...
hahahaha...
wajib..!!!!!

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...