Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami
berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku
menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung
tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami
membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang
aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku
gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis
pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di
lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu,
emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang
mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal
dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup
mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan
menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun
bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran
ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya
lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah
berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang
bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-
esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah
adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan
ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg... .sebuahpenampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena
bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar
daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada
pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang
menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin
tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat... ..
"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk
ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?"
bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku
nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan
simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik
ni.Apayang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik
kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-
kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit
rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil
berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya
beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti
selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut
saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-
luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami
berdakapan. "Sakit ke?"
aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak
tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan
simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras.
" Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia
menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan
pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang
adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah
ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis
sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling
anda sayangi?"
Spontan adik menjawab,
"Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu
kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya
hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai
di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke
pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan
diserang histeria.
"Hati adalah DIARI yang paling selamat... those who kneel down to Allah can stand up for anything.."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Keguguran Part 1
Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...
-
lme tak update blog...lme a sgt kn...hehehe buln ni adalah buln yg pleng bz n duit kluar mcm air...huhuhuhu... 11.11.11- majlis nikah di rum...
-
dilema itu suatu yg sukar utk diungkap... if u already said that then we juz accept it... but u know what,the best thing is we want faiz,adi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan