Selasa, 5 Mei 2015

LPT part 1 -cherating

Assalamualaikum..
bulan 4 dan 5 adalah bulan paling sibuk bagi sy.. maklumla setiap minggu sy mmg xkan dduk dirumah..ada sahaja program..samada peribadi atau melibatkan kerja.. hmmm.. bulan empt sahaja nk berkongsi 2 cerita. Sebanyak 2 kali sy meredah lebuhraya ke pantai timur dan 2 minggu berturut2..hehehhe..letihhh sgt sy rasa.. kali pertama sy pergi ke cherating bawa pelajar nusantara.. bersama dengan guru yang lain..ada sebuah memori yg mmg sy xkn lupa sepanjang perjalanan pergi dan balik..ada la kot Allah nk tunjuk sesuatu..😊.. sebelum sampai kuantan, sy ni mmg penggemar ikan patin..xkesahla masak macam mana..sy bedal je..heheheh..lg2 part lemak dia tu..ampunnnn mmg kompem sy xkn istiqomah diet!! Hahahaha..

Nk dijadikan cerita, ada seorg guru aka kawn sy yg sama mengajar dan kami bsama bwk pelajar..dia tahu sy gemar ikan patin.. maka dia yg mengatur semua utk kami berhenti makan di temerloh..Allahurabbi, masa tu mereka kata muka sy terlalu gembira dapat makan ikan patin masak tempoyak..hahhaha..mau xgembira, org belanja plak tu..hehehehe.. terima kasih ye sbb blanja sy..😊..








Gambar aktiviti lain sy xsempt ambil..maklumla sy kehulu dan kehilir..hehehehe.. pertma kali pergi tak bersama ayah..ayah ada urusan di bangi..jadi sy pergi sebagai wakil guru perempuan dan satu2nya guru perempuan yg ikut..heheheh..kemudian kami melawat pusat pelepasan penyu dan keropok lekor,satah dan otak2.. sedap rupanya kropok lekor yg baru direbus tu..hehehe..malam tu kami adakan acara persembahan pelajar, penyampaian hadiah dan tukar2 hadiah..meriah sampai jam 12 mlm.. huhuhu..badan sy letih sgt..ada yg ajak sy teman makan..kelaparan katenye..tp dek kerana sy terlampau letih maka sy katakan tidak..heheheh..maaf ye..hehehe..msuk bilik sy mndi dan solat dan kemudian sy kebummmm tdo sampaila subuh..hehehe..rse nikmtnya tidur.. okla, ni baru part 1 cerita tentang perjalanan ke pantai timur sy.. insyaAllah akan sy update part 2 pengembaraan sy ke terengganu pula..😊 bubyee..😊

Isnin, 13 April 2015

Terkesan..

Assalamualaikum..
Memandangkan sekarang pelajar sedang bercuti selama seminggu.. maka sambil menanda kertas, sambil tu sy mengarang kata2 dalam blog ni.. al-kisahnya, sy dapat satu lagu yang sy rasa agak sampai mesej yang nk disampaikan.. bila dengar tu ht trasa lain.. drpd keras mampu jd lembut.. drpd pahit boleh menjadi manis.. hmmm.. sekali dengar terus melekat dlm kepala sy ni lirik lagunya.. lagu nyanyian kumpulan ungu - hanya untukmu.. bait2nya sangat terkesan.. pg ni saya bertemankan lagu ni.. terasa ht cm nk terkeluar..hehe.. baiklah kne selesaikan menanda.. nanti de latihan nyanyian pelajar pula.. doakan sy.. :)





p/s: sambil2 tu memikirkan apa nk diberi kepd bff sy sebagai hadiah ulang tahunnya minggu hadapan.. hmmmmm.. :).. nasib baik dia tak tau kewujudan blog sy ni..hehehehehe.. kepada pemberi lagu, thanks so much n u made my day..

Ahad, 22 Mac 2015

diam itu xsemestinya setuju..

Assalamualaikum..
sedih sedikit sbb smlm terlepas usrah yg setiap minggu sy ikut..huhuhu..xpela de hikmahnya.. sedang sebuk mengemas sbb dlm seminggu ni mmg penuh sedara mara.. ari minggu mmg sy all out mengemas..sambil mengemas terdengar dialog crita nora elena.. "dia pernah hukum kau kerana cemburu buta. Lelaki cmtu ke kau nak??" Oh sesungguhnyaaaa... sememangnya ht akan terasa pedih bila di perlakukan begitu kn.. seharusnya kata2 dlm ke adaan marah tu perlu dikawal..kerana buruk padahnya jika diluahkn semua..


Isnin, 9 Mac 2015

bahan bacaan tambahan.. :)

Assalamualaikum...
petanbg td terbaca tentang jodoh.. jadi terasa nak post kat blog.. yela berkongsi bahan bacaan kn.. mungkin xbpe tepat but bolehla dijadikan sebagai bahan tambahan.. :). selamat membaca ..


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Sumber Gambar : WSVS Photography

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


Sumber Gambar : Udey Ismail Photography

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Khamis, 26 Februari 2015

Assalamualaikum...

Xde apa yg nk dikongsi sgt..cme sy tlh menonton sebuah video pendek yg isinya pada sy padat..sepadat isi durian..heheh..nyummm lme xmkn (sbb xleh mkn buat masa ni).. pesannye dlm video tu yg sy agak terkesan :

1. Jangan berharap jodoh yang baik jika kita tidak berusaha menjadi yang terbaik..

2. Siapkan diri, nescaya Allah akan mempersiapknnya buat kamu..

3. Dekatkn ht kamu dengan Allah maka Allah akan dekatkn ht jodohmu untuk kamu.. maknanya syg n cinta dan mohon pd Allah..

cara dan pemikiran harus diubah..jika cinta seseorang berdoa agar Allah kurniakan..jika kita jauh drpd Allah maka jodoh kita akan menjauh krna kita xmencintai Allah..

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..


Isnin, 23 Februari 2015

catatan matlutfi bahagian 2..

assalamualaikum..

sepatutnye hari ini dah mula kelas. tetapi disebabkan pelajar dok tambah tolak, jadi kami rehat seminggu nagi pluang depa kluaq masuk.. last entry sy de crita berkenaan dengan sebuah buku kn.. sebelum sy belek buku tu, mood sy swing 2 ari.. kje nk menanges je.. kje nk sensitif je.. ckp sket nanges.. terasa skit nanges.. Allahu rabbi.. saya pun plek.. tp sy sje je bkk bku tu n baca setiap catatan matlutfi buat.. ayat2 dia buat sy ketawa.. begitu juga dengan mood sy.. kembali normal.. :).. ok xnak ckp banyak, sy belanja sket gambar buku tp sy amek dr tenet sbb mls nk amek gbr sndri..hehehehe..



ni gambar muka depan buku..

Yang seterusnya ni adalah kata2 tweet yang diselitkan.. kadang2 rasa jujurnye la hai..hehehhe..dan logik! :)






Ahad, 22 Februari 2015

Catatan matlutfi bahagian 1..

Assalamualaikum..

2 hari sy berendam air mata..xtau knp..sy senyap seribu bahasa.. ht jd sensitif teramat..sy pun plek..tp smuanya dh ok ble sy tau tmpt sy mengadu pasti membantu sy..alhamdulillah.. ok, baru2 ni sy de beli 2 buah buku..salah satunya ialah buku catatan matlutfi.. ble baca mmg sy ktawa n senyum sorg2..mood jd ok n hepi..mgkin cara dia bercerita mmg menarik sgt..heheheh..sepanjang menunggu mr.br dekat hospital, sy membca buku tu tnpa pedulikan org keliling..

'Ampa buatla apa pun..aku xheran..pasai aku dok syok layan si mat ni..' hehehehe..kata dalam ht ja..nk habaq luaq mmg nk kne baling kayu nanti..hehehe.. petang plak kne p kendri cukur jambui anak mnakan..hehee..banyak dh anak makan sy..jdla menumpang kasih..😊..ayat abh sedih dh la tu konon..hahahah..

Pehtu2..balik je rumah..nahhh lantai xtau pasaipa dok mangkit abh...rosak abh..pecah2..myb panas kot..cm bdn kte dok menitik ayaq ploh pasai panas bedengkang.! mulala pikiaq 'banyak sungguh dosa aku ni'.. mcm2 bnde jd..dok men game pun leh jmpe kwn..sungguh kecil dunia game kn..hehe..xpala na..ampa smua..nk p tidoq dlu..badan letih amat..jmpe lg nnt..daaaa...😊

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...