Isnin, 11 Mac 2019

Kali pertama membait kata

Di kala hening pagi
Terasa sayu dihati
mengenangkan hati
berlabuh nun jauh dimuara

hati ini 
ada kala disiram wangian bunga indah
ada kala disiat belati tajam
ada kala ditabur kelopak bunga
ada kala dicuit mesra

namun
ketika dipanah petir kata-kata
aku terbungkam sendiri
mengenang ht sendiri
benak htku bertanya

apa lagi?
apa lagi yang kurangnya?
bagaimana lagi keadilan yang kau mahukan?
bagaimana lagi pengorbanan yg kau kaburkan?

tidak cukupkah!!!!

aku korbankan segala
masaku
perasaanku
hartaku
jiwaku

namun, apakah jelas dimatamu semua itu?
kau hanya membelai jiwa dan hatimu
sedangkan kau buta tentang ht dan perasaanku.

aku juga manusia.
mendengar kata-kata itu
sudah cukup merembes air mataku
pedih hatiku tak tergambar
sedang kau mampu bergelak ketawa bersama kesayanganmu

tp kesayanganku???
kau culaskan
sedangkan mereka tidak pernah menilaimu
tidak pernah membezakanmu dengan yg lainnya
tetap menghidangkan apa kesukaanmu
tapi sedetik masa tidak kau berikan untuk mereka
kau tamak dengan masamu

aku orangnya tegas
bulat hatiku andai terluka
jangan kau lukai kesayanganku
kerna aku tidak pernah berkira dan berbagi bersama kesayanganmu
salah apa mereka kepadamu?
sehingga begitu sekali panas punggungmu saat bersama mereka?

ini terakhirnya aku memerhatikan ini
biar aku yang terluka tapi jangan kesayanganku disana
kau lukai mereka aku terbang selamanya

pergilah kau bersama kesayanganmu jika itu mahumu
jika itu membahagiakanmu
kerna kau telah membuktikan padaku
makna sebuah penyatuan tidak semestinya hati itu bersatu 
dan kau juga telah membuktikan bahawa prinsip ku selama ini dusta
bahawa penyatuan itu menyatukan segalanya
maka aku satukan semua dalam hatiku
tetapi tidak di hatimu

Sabtu, 2 Mac 2019

Crita bercampur

Assalamualaikum 

Semalam kami menerima kunjungan lawatan dr tokyo university of foreign study, jepun. Wakil pensyarah mereka ialah Puan faridah mohamed.

Melihat kepada kesungguhan puan faridah mengajar bm di jepun, sgt memberi inspirasi kpd kami yg mengajar.pelajar asing. Bukan mudah sebenarnya. Melihat kepad kesesuaian pljr tu sndri.

Semalam sy jd pengacara majlis. YaAllah ketaq xtau nk kata. Tp alhamdulillah menggigil tu smntra je. Lepastu naik sheikh pulak smpai berseloroh. 🤭

Semua berjalan lancar semalam. Cuma sedih sikit sbb xdpt g airport anta syurga sy utk kerja beberapa hari di sarawak. Semoga urusannye dipermudhkn. Pg ni mengadu xsihat. Risau jgk memikirkan. Harapnya Allah bg kesembuhan.

Sy nk kongsi satu cerita. Xtau apa mknenye. Dh 2 kali dlm minggu ni sy bermimpi org mengatakan yg sy hamil. Terkejut sy. Tp pemeriksaan berkala sudah dibuat dirumah. Negatif. Risau sy kalau ada sebab yg lain. Mgkin tunggu ami balik bru sy berani nk g check. 😅.

Doakan yg baik2 ya. Semoga tiada yg serius.

P/s : to my only syurga & ami. I miss u a alot n i love you syg  ❤️

Isnin, 25 Februari 2019

Terbongkar akhirnya dek kerana sekeping gbr.

Assalamualaikum

Cerita pembuka harini sempena 2019 ni adalah bila suami sy dah jumpa blog ni. Hehehe..konon2 nk rahsiakan. Akhirnya terbongkar juga. Hahaha..

Rasanya tidak ada rahsia dlm blog ni. Rasanya laaa.  Hahaha.. Cuma yela.. Kisah2 lama tu tkut dibaca kembali kn.. 🤭.

Well said, kelas dah bermula. Sesi pengajran berjalan seperti biasa cuma semester ni kami guru2 agak ringan sedikit beban kerana jam kelas sudah dikurangkan. Maka adalah waktu untuk bernafas dan beryayaei. Hahahaha..

Apa yg pasti azam tahun ni xbanyak. Masih ada yg tahun lepas punya kena qada' azam tu. Cuma berharap hajat untuk tahun ni seandainya tidak kesampaian semoga dapat digapai tahun hadapan.

Semoga kita dilimpahkan rezeki dari oelbagai sudut. Bak kata umi, murah rezeki ni bukan shj hrta. Tp byk lagi. Sihat pun rezeki. Doakan ya. Cukup ini shj buat masa ni. Nnt klo rajin menulis lg. Lepas ni kena rajin buat puisi sbb mengajar kelas puisi. 🤭

P/s : kalau awak baca tak payah membahan ye. 😜..

Jumaat, 5 Oktober 2018

2018

asslamualaikum semua!

kehidupan 2018 sy bermula dengan perubahan yang sangat besar. Bergelar seorang isteri sememangnya bukan satu tugas yang mudah. mungkin pandangan dan pendapat kita berbeza-beza kn? :)

apabila dah jadi isteri ni, macam-macam benda kita kena fikir. its a good way actually. hehehe. tp semua benda yang kte fikir tu sebenarnya menunjukan keutamaan kita kpd suami. Bagi saya cara paling mudah dapat pahala bila kita buat dan laksanakan tanggungjawab kita. As u know, saya ni bukanlah banyak nau pahala..hahahha.. jadi dengan buat suami gembira dan redha dengan kita insyaAllah kita dapat segenggam pahala tu. hope so ye encik suami.. :).

Sebagai contoh, saya ni cukupla malasnya nk melipat kain. tp bila dh kawin dan ada rumah sendiri, maka perkara itu menjadi wajib samda kita suka atau tidak. mujurlah suami seorang yang memahami dan ada beberapa tugas yang diambil alih olehnya. maklumla kami sama-sama bekerja. :) alsan kn? hahahahaha

nanti saya ceriatakan detik kami berkenalan, bertunang dan berkahwin memandangkan usia perkahwinan kami sudah mahu mencapai 1 tahun. :)

Rabu, 20 Disember 2017

Penutup 2017


Assalamualaikum sahabat blog.

Bismillah..

Sy perkenalkn khalifah syurga sy en muhammad aiman assmad. Alhamdulillah dengan izin Allah kami selamat diijabkabulkn.

Kenal : 13/2/2017
Merisik : 3/3/2017
Tunang : 13/5/2017
Nikah : 1/12/2017
Resepsi : 2/12/2017

Terlalu singkat perkenalan kami. Tp mgkin itulah jodoh yg Allah aturkan utk kami. Yg singkat itu lebih berani dan bermakna. Doakan kami kekal ke akhirnya dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.

Isnin, 28 Ogos 2017

sedikit demi sedikit

Assalamualaikum

masa yang berlalu takkan mampu untuk kita kejar. Sebab tu nikmati setiap detik dan saat selama kita mampu. lg 3 bulan sy akan bertukar status. semoga allah permudahkan semuanya. Apa yang pasti sy dapat melihat hikmah yang Allah tunjukkan kpd sy skrg. satu persatu doa saya diterima. dimakbulkan. betapa kasihnya Allah kepada sy. Sungguh sy bersyukur yang teramat.

Jika diberi kesempatan rumah mini sy akan mula dibina hjung sept. semoga rumah itu menjadi tempat kenangan penuh kebahagian sy bersamanya nnt. :). debar sungguh rasa menanti hari. segala persiapan sudah sedikit demi sedikit sy selesaikan. semoga Allah permudahkan semuanya. amin.


Alhamdulillah...=)
Allah maha adil....sy kecewa dan Allah gantikan dgn berita yg gembira...
semoga sy dapat melaksanakan amanh ini dgn baik...
dan semoga ini adalah keputusan yang baik yg sy buat...

seandainya dengan 'membiarkan',manusia itu akan bahagia..
maka sy memilih untuk 'membiarkan' agar manusia itu bahagia..

biar manusia itu melakukan sesuatu yang membuat dia bahagia...
dan sy tidak akan sesekali menyedarkan manusia itu bahawa sy sedang kecewa yg teramat..huhuhu

p/s:

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...