"YaAllah bangun...dah tengahari, kau masih peluk bantal??Apa nak jadi ni?? "jeritan emak membuatkan Amira terpaksa membuka kelopak matanya yang masih berat. Terasa mahu dia menongkatkan matanya dengan batang mancis.
"Alahai mak. Apa bising-bising pagi-pagi ni...Ira mengantuk lagi la..Semalam Ira tidur lambat.." Rengeknya.
"ha, elok. tidur lambat pasal berangan depan cermin. Kau ingat macam cerita Snow White?Bercakap dengan cermin. Sudah! bangun. Ikut mak ke pasar." Mak hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak perempuan tunggalnya itu. Dalam hatinya, mujurlah Amira berbadan kecil. Jika tidak pasti bertambahla lemak di badannya itu. Walaupun begitu, Amira seorang anak yang mendengar kata ibu bapa.
Dengan malas, Amira gagahkan badannya pergi ke bilik mandi. Tiba-tiba....BUK!!!!
"Aduh!! aduh....sakitnya muka aku...ish siapa punya kerja ni..."bebelanya menarik perhatian ibunya.
"ha, takda siapa punya kerja. Orang berjalan buka mata. Kau berjalan dah macam orang buta mak tengok. Padan muka.."Celah emaknya.
Amira ketawa sendiri bila mengenangkan kebenaran kata-kata emaknya. Sudah menjadi tabiatnya, jika bangun tidur dan mahu ketandas, matanya tidak akan dibuka. Mengantuk katanya. Sudahnya mukanya mencium pintu kayu bilik air di rumahnya. Seusai mandi, Amira bersiap dan mereka pergi ke pasar untuk membeli bahan mentah yang diperlukan oleh emaknya. Bak kata emaknya, anak dara harus tahu jenis ikan di pasar. Jenis sayur di pasar. Nanti mak mertua suruh belikan, lain pula yang dibeli.
"Ira, mak nak pergi pilih sayur. Ira ambilkan emak ikan mayung ya. Mak nak masak asam pedasla tengahari ni."kata emaknya seraya berlalu meninggalkan Amira. Waktu cuti-cuti begini, memang dia perlu mengajar anak daranya tentang hal dapur ni. Maklumla, anak daranya itu hanya balik bila cuti semester sahaja. Jika tidak hanya sibuk dengan persatuannya di Universiti.
"Emak..Aduhai...Ikan mayung tu yang mana satu?Ala, aku agak-agak jela.."bebelnya dalam hati.
Selesai membayar, mereka pulang ke rumah. Sampai di rumah....
"Bertuah punya budak. Ira!!! Ira!! mari sini!..."tempiak emaknya.
"Ada apa mak. Mak nampak tikus ke??"Kata Amira sambil melangkah dekat dengan emaknya yang berada di dapur.
"Tikus apanya. Ni, mana ikan mayung yang mak suruh ambil tadi?" Kata emak sambil menuding jari pada ikan di dalam singki.
"La tula dia. Cuba mak tanya ikan tu. Betul tak nama dia mayung. Tadi Amira buat macam tu. Ikan tu diam je. Diam tanda setuju kan mak?" Jawabnya sambil ketawa. Seronok dia dapat mengusik emaknya sekali sekala. Hilang rasa sedihnya memikirkan masalahnya di universiti.
"Bertuah punya budak. Loyar buruk kamu ya..Kamu tak kenal ikan ye?Ini ikan patin. Rupanya memang seakan sama. Tapi mana sedap ikan patin nak masak asam pedas. Dah tahu tak tahu, kenapa tak tanya orang kedai tu? Ish..." Jelas sekali emaknya pening kepala memikirkan resepi lain yang sesuai dengan ikan yang dibeli Amira.
Amira membantu emaknya di dapur. Sebentar lagi ayahnya akan pulang dari kebun. Ayahnya seorang petani. Akhirnya gulai asam pedas sudah menjadi gulai tempoyak. Bau tempoyak memenuhi ruang dapur rumahnya.
"Assalamualaikum...salam hamba hulur tanda ingatan..." Bait-bait kata lagu nyanyian Jamal Abdillah digunakan ayahnya untuk memberitahu isteri dan anaknya kepulagannya.
"Waalaikumsalam...eh,abang dah balik. Hamboi menyanyi-nyanyi pula tu. Dapat untung besar ke?" usik emaknya.
"Untung besar??Haah. Untung cangkul tanah. wah..sedapnya bau. Awak masak ikan apa makcik Faridah?" kata ayahnya sambil mencuit pinggang emaknya. Amira menjadi pemerhati melihat gelagat kedua orang tuanya.
"Ini anak bertuah awak ni. Suruh ambil ikan lain, ikan lain yang diambilnya. Sudahnya inilah jadinya."Mata emak menjeling manja ke arah Amira.
.........BERSAMBUNG (penat menaip...hehehe).........