Selasa, 10 Jun 2014

tanah rencong bahagian 1

Assalamualaikum...
melihatkan tarikh akhir penceritaan adalah tahun lepas... serta merta mulut ternganga.. wahhhh sungguh senyap lgi sunyi kn blog ni. baik, gaya penulisan hari ini lebih kepada gaya novel dan puitis..:).. ingin menjinakkan diri ke dalam dunia penulisan walaupun sedar tiada bakat.. :)

hujung bulan lepas, saya mendapat panggilan daripada seorang makcik.. menawarkan saya tiket untuk pergi ke tanah rencong a.k.a acheh.. dalam hati tertanya2.. apakah yang ada di acheh? pastinya hanyalah bukti artifak peninggalan bah tsunami 10 tahun yang lalu.. selama ini juga jika terdetik untuk mengembara, terlahirlah cara berfikir tentang tempat menarik dan pastinya untuk membelanjakan seberapa banyak wang yang di bawa.. tapi kali ini perasaan itu lain dari yang lain.

berat hati terasa malam 30 mei 2014. ummi mengingatkan seribu kali tentang pakaian yang hendak di bawa.. ayat ummi : takkan beg galas ni je yang akk nk bawak? cukup ke untuk 5 hari..? .. hanya mengirim pandangan mata malas dan senyuman paksa dan mengangguk cukup.. dalam hati masih tertanya apakah menariknya di tanah rencong itu sehingga Ramli Awang Murshid acap kali menggunakan daerah itu menjadi peta lokasi tulisannya..

pagi 30 mei di temani atok saudara, memacu kereta ke KLIA 2.. maklumla skrg bukan lg LCCT..seusai mendaftar diri, kami perlu berjalan sejauh 1 km untuk sampai di pintu pagar menunggu... Allah hu rabbi ... terasa banyaknya lemak yang meliputi tatkala nafas ibarat di kejar anjing.. :).. berlepas ke aceh selepas penangguhan penerbangan selama 30 minit..


"tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi kita akan mendarat di lapangan terbang sultan iskandar, aceh." mendengar pengumuman itu, serta merta mata menerawang ke luar jendela pesawat.. MasyaAllah, kelihatan sebuah bangunan seperti masjid di tengah-tengah kawasan bertar.. rupanya itulah bandara atau lapangan terbang mereka... kagum.. ya sangat kagum.. tatkala malaysia sibuk dengan  teknologi dan bentuk binaan moden.. mereka mengekalkan struktur binaan berkubah seperti masjid.. keindahan pertama yang diperoleh di tanah rencong sudah terjawab.. ya sangat indah,..

turun sahaja pesawat cepat-cepat saya menekan butang on pada kamera. ingin mengabadikan kenangan di hadapan bandara.. hehehehe.. klik! terhasilnya sebuah potret kenangan abadi..

p/s: cukup dulu untuk hari ini.. sedang mencari menu untuk berbuka nnt... ganbar akan di kongsi di entri akan datang, insyaAllah.. :).. selamat berbuka puasa semua...

Keguguran Part 1

Assalamualaikum semua. Terfikir untuk update blog ini dengan sebuah kisah yg agak sedih untuk sy. Kisah ini saya ceritakan bukan untuk men...